Tuesday, 4 November 2014

Allah tidak pernah tidak ada

Assalamualaikum ya ahlil jannah..

Demikian topic Allah tidak pernah tidak ada.
Bagaimana dekatnya kita rasakan Allah SWT bersama kita?

Atau sebenarnya selama ini kita tidak pernah rasa akan dekatnya Allah SWT dengan kita? Kita sendiri, selama ini sejauh manakah usaha untuk mendekatkan diri kepadaNya?

Dekat atau jauhnya kita dengan Allah SWT hakikatnya bukan dikira dengan jarak. Ianya dikira dalam bentuk kerohanian dan emosi. Bila kita benar-benar yakin, dan hidup kita bersungguh dalam mentaati Allah SWT dan menjauhi kemurkaanNya, kita akan rasa diri kita dekat dengan Allah SWT.

Namun Allah SWT kepada kita?

Dia sentiasa dekat dan tidak pernah menjauh. ( hilal asyraf )

Begitulah Allah SWT dengan kita. Sentiasa hampir. Sentiasa bersama. Jika ada yang benar-benar mengetahui kita 100%, bukanlah ia adalah ibu kita, bukan juga sahabat paling akrab, bukan juga isteri yang tidur sebantal, tetapi Dialah Allah, dan Allah sahaja.

Yang tidak lena, tidak mengantuk, tidak lalai dan alpa, dan sentiasa bersama dengan kita, tidak pernah meninggalkan kita sesaat pun.

Ya. Maka apabila kita merasakan Allah jauh dengan kita, siapa sebenarnya yang sedang menjarakkan dirinya?

Jauh dari Allah

Bila kita rasa bahawa Allah SWT sedang menjauh, sebenarnya kitalah yang sedang menjarakkan diri kita denganNya.

Bila kita buat tidak endah dengan Allah SWT, kita melazimi dosa-dosa, kita lambat menyempurnakan perintah-perintahNya, kita terus-terusan menderhakaiNya, memang automatik kita rasa jauh daripada Allah SWT.

Sedangkan sebenarnya Allah tidak menjauh dari kita pun.

Hati ini sentiasa alpa, bukan saja dgn kebendaan semata-mata bahkan apa yang ada didunia pinjaman ini. Sungguh aku takut bilamana di hadapan Allah di hari akhirat kelak, aku tidak dapat menjawab satu soalan pun dari banyak- banyak pertanyaan :'(

No comments:

Post a Comment